Thursday, October 30, 2008
Warna-warni kehidupan...
Hidup ni ada kala tak seperti yang kita harapkan. Adakalanya yang terjadi tak seperti yang kita telah rancangkan. Biarpun kehidupan tak seperti yang telah kita rancangkan tapi dalam hidup ini ada banyak yang indah. Bila mata dibuka hari baru bermula. Pasti hari ini memberikan seribu keceriaan untuk kita lalui. Bukan kah diberikan peluang untuk terus hidup di hari ini satu makna yang cukup besar untuk kita syukuri? Apa pun yang terjadi hari ini jangan kita berputus asa kerana esok ada kehidupan baru yang akan kita tempuhi. Hari ini kita perlu berusaha lakukan yang terbaik agar esok bila kita menoleh ke belakang tiada apa yang akan kita sesali. Semalam biarpun kadang-kala menyedihkan dan kita telah lakukan kesilapan, hari ini kita perlu terus memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan semalam jangan kita berputus asa. Sekali terjatuh kita jangan terus mengalah. Bangun biarpun sesusah mana dan percayalah itulah yang mengajar kita erti ketabahan. Jangan takut melakukan kesilapan kerana dari situlah kita belajar memperbaikinya. Kegagalan yang paling besar adalah apabila kita takut untuk mencubanya lagi. Hidup sememangnya banyak yang mencabar dan indah yang kita perlu terokai...
Subscribe to:
Posts (Atom)